Seperti yang sedia maklum dalam mailing list Projek Manual Ubuntu, semua update berkaitan projek ini kini dalam freeze stage dimana semua penambahan, pengubahsuaian tatabahasa dan pembetulan perkataan dibekukan dari sebarang pengubahsuaian supaya memudahkan kerja penterjemahan dan pembetulan jika terdapat kesilapan ejaan dan kesalahan minor lain.

Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengajak anda sama ada mahir atau tidak mahir dengan Bahasa Malaysia supaya dapat bersama-sama realisasikan manual ini dalam bahasa yang kita fahami. Setidaknya, pengguna baru akan rasa lebih selesa mencuba sistem pengoperasian kegemaran ramai ini.

Buat masa ini, penterjemah ke Bahasa Malaysia hanya dibarisi oleh dua orang dan mengharap sokongan dari pengguna, komuniti juga anda yang berkemahiran tinggi dalam menterjemah. Maklumlah kalau yang bukan profesional buat terjemahan, litang pukang ayatnya.

Jadi, diharap anda menterjemah bersama-sama dan disamping itu anda boleh mengikut mailing list projek ini di laman Launchpad dari versi antarabangsa dan tempatan.

Linux to Succeed in 2015!

5 komen:

MakLaN said...

Teman lebih suka istilah bahasa Melayu, daripada bahasa Malaysia ^-^

Apa2pun harap ramai yang dapat bersama2 dlm projek penterjemahan ini.

Anjung Web said...

Bro, camna mau join ni bro?

Muhd Syazwan said...

cuba google "The Ubuntu Manual"..
rasa dia keluar sebagai 1st result :)

PapaBloggerDotCom said...

Huh.. best2. projek y sungguh mengujakan nih..

amirfazwan said...

aq rase cam nk tlg..
tp aq xphm skrg ni...
camne nk join?xjelas deh..

Post a Comment

top