Tapi saya rasakan Gnome 3.0 sudah ada teaser. Cuba lihat video dibawah:-
Perkenalkan Gnome Shell. Ramai yang menyatakan Gnome 3.0 akan menjadikan aplikasi ini sebagai desktop asal mereka. Seperti yang anda tonton video tadi, beberapa perkara baru diketengahkan seperti:-
- tambahan ruang kerja (workspace) secara manual dengan ada butang pintasan
- grafik yang menarik serta beberapa trick Compiz Ubuntu masih boleh dilakukan
- barisan aplikasi dalam ruang menu yang lebih kemas dan tersembunyi
- drag-and-drop masih menarik
- kurang sesuai untuk pengguna biasa yang mahukan senarai aplikasi yang lebih mudah untuk dicapai serta tak tahu mana perginya fail yang diminimize
- keperluan grafik yang lebih tinggi, tidak sesuai untuk komputer berspesifikasi rendah
- susah hendak menukar aplikasi disebabkan tiada bar bawah yang biasa mempamerkan senarai aplikasi yang berjalan (kecuali bagi mereka yang tahu menggunakan Alt+Tab)
Pengguna 9.10 Karmic Koala Alpha 6
Distribusi paling mudah untuk melakukan pemasangan aplikasi ini.
- Buka terminal dan masukkan kata arahan ini:-
sudo apt-get build-dep gnome-shell && sudo apt-get install gnome-shell
- Selepas siap proses pemasangan, anda perlu tekan kombinasi Alt+F2 dan masukkan kata arahan berikut:-
gnome-shell --replace
Untuk distribusi yang lain, anda boleh terus merujuk ke laman asal artikel ini pada pautan ini.
Linux to Succeed in 2015!

3 komen:
Gnome BERAT... best lagi KDE... ola Gecko!
dari sang kadal @ gecko (makhluk yang sama)
Wan, nak tanya sikit.
Command utk install kat terminal tu betul ke??
Dah taip, tapi ni yg dikatakan :
Reading package lists... Done
Building dependency tree
Reading state information... Done
E: Couldn't find package build-dep
@hfz: sepatutnya ok..cuba install satu-satu..
Post a Comment